Powered By Blogger

Khamis, 2 Mac 2017

Apa Itu Syair?

APA ITU SYAIR ?
· Syair ialah sejenis puisi berlagu.

· Disadur daripada puisi Arab.

· Menurut Za’ba ,syair berasal daripada perkataan ‘Syir’ ; perasaaan dan pengenalan dengan pancaindera yang selalunya membangkitkan pelbagai perasaan dan pengalaman dalam bahasa yang indah.

· Sebahagian daripada puisi tradisional warisan tradisi dan disusun dalam bentuk karangan berangkap.

· Berasal dari Parsi dan masuk ke Nusantara sama dengan kedatangan Islam.

· Tujuan syair adalah untuk memberi nasihat, teguran, pengajaran , kiasan, ilmu dan juga gambaran sejarah.

· Syair telah diubah suai mengikut kesesuaian Bahasa Melayu klasik.

CIRI-CIRI SYAIR

· Terdiri daripada 4 rangkap (sesetengahnya terdapat dalam 2 atau 3 rangkap)

· Tiada pembayang maksud.

· Setiap baris mempunyai makna yang berkaitan dengan baris-baris terdahulu.

· Kebiasaannya menceritakan satu kisah.

· Bilangan kata setiap baris adalah sama iaitu 4 kata dan 8-12 suku kata dalam satu baris.
  


Tiada ulasan:

Catat Ulasan